Tarikh : 05 Oktober 2019
Masa : 10.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 12 Orang

Tujuan

Dihadiri 12 Peserta dari pelajar lepasan SPM dan Ahli Baru pusat Internet.Peserta diajar untuk membuat Resume dengan format yang betul.

Aktiviti

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar dan bimbingan  menggunakan perisian microsoft office Word bagi membuat Resume dengan betul.Pelbagai tips dan panduan yang telah diberikan kepada peserta yang hadir.

Gambar Disini

Tarikh : 03 Oktober 2019
Masa : 10.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 8 Orang

Tujuan

Dihadiri 8 Peserta dari Ahli baru Pusat Internet Kg.Terbok.Meningkatkan lagi pemahaman peserta untuk menggunakan komputer dalam urusan pekerjaan seperti pengunaan microsoft office & internet dan lain-lain

Aktiviti

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar dan bimbingan  menggunakan perisian microsoft office dan cara untuk mencari maklumat di internet. Peserta di ajar cara untuk memuat turun gambar dan maklumat dari internet.

Gambar Disini

Tarikh : 22 Oktober 2019
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 20 Orang

Tujuan

    Pada permulaan kelas, petugas Pusat Internet Kg.Terbok  memperkenalkan serba sedikit peralatan komputer yang terdapat di Pusat Internet Kg.Terbok.. Pada mulanya mereka dihiburkan dengan lagu kanak-kanak yang dipasang dari YOUTUBE. Nampaknya mereka sudah tidak asing lagi dengan lagu-lagu ini kerana mereka juga sudah boleh menyanyi bersama-sama iaitu Didi & Friend dan Oman & Hana.

Aktiviti

Kemudian mereka diajar mewarna menggunakan aplikasi “coloring online.com”. Mereka juga mepunyai bakat semula jadi kerana dengan mudah mereka dapat mewarna dengan cantik mengikut kreativiti mereka sendiri. Pusat Internet Kg.Terbok sedia menabur bakti untuk mendidik dan mencurahkan ilmu yang sedikit kepada mereka .

Gambar Disini

Tarikh : 24 Oktober 2019
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Pengenalan untuk mengisi permohonan cuti,claim dan jadual kerja.

Aktiviti

Peserta dari Petugas KEMAS daerah Tumpat, seorang penyelia dari KEMAS mengajar petugas cara-cara permohonan cuti,claim dan jadual kerja.

Gambar Disini

Tarikh : 06 Oktober 2019
Masa : 10.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 8 Orang

Tujuan

Dihadiri 8 Peserta dari pelajar lepasan SPM dan Ahli Baru pusat Internet.Meningkatkan lagi pemahaman peserta untuk menggunakan microsoft office excell dengan lebih mendalam lagi.

Aktiviti

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar dan bimbingan  menggunakan perisian microsoft office Excell. Peserta di ajar cara untuk membuat akaun/ jadual menggunakan excell, peserta juga di ajar untuk membuat kiraan autoSUM.Peserta di beri latihan untuk membina jadual berdasarkan apa yang telah di ajar untuk melihat kebolehan dan juga pemahaman peserta.

Gambar Disini