Tarikh : 07 March 2019
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 25 Orang

Tujuan

    Pada permulaan kelas, petugas Pusat Internet Kg.Terbok  memperkenalkan serba sedikit peralatan komputer yang terdapat di Pusat Internet Kg.Terbok.. Pada mulanya mereka dihiburkan dengan lagu kanak-kanak yang dipasang dari YOUTUBE. Nampaknya mereka sudah tidak asing lagi dengan lagu-lagu ini kerana mereka juga sudah boleh menyanyi bersama-sama iaitu Didi & Friend dan Oman & Hana.

Aktiviti

Kemudian mereka diajar mewarna menggunakan aplikasi “coloring online.com”. Mereka juga mepunyai bakat semula jadi kerana dengan mudah mereka dapat mewarna dengan cantik mengikut kreativiti mereka sendiri. Pusat Internet Kg.Terbok sedia menabur bakti untuk mendidik dan mencurahkan ilmu yang sedikit kepada mereka .

Gambar Disini

Tarikh : 08&09 March 2019
Masa : 2.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 6 Orang

Tujuan

Pusat Internet telah mengadakan kelas asas komputer untuk pelajar sekolah rendah bertempat di pusat internet kg Terbok. Program ini bertujuan untuk mengajar pelajar lepasan untuk memberi pemahaman asas tentang komputer bagi persiapan untuk ke IPTA/IPTS.

Aktiviti

Dalam program ini pelajar- pelajar ini diajar asas komputer dan  mereka juga di berikan ujian untuk melihat sejauh mana pemahaman pelajar-pelajar ini.

Gambar Disini

Tarikh : 16 Februari 2019
Masa : 9.00 pagi - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 6 Orang

Tujuan

Kelas latihan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran usahawan dalam perniagaan khususnya secara atas talian (online). Selain itu, usahawan juga dapat menjimatkan tenaga, masa dan wang serta menjana pendapatan yang lebih tinggi dan baik daripada sebelumnya.

Aktiviti

Para peserta mendengar taklimat pengenalan Pusat Internet daripada petugas PI berkenaan peranan dan fungsi Pusat Internet kepada komuniti. Para peserta di ajar tentang penggunaan dashboard komuniti terutamanya bahagian My Shop. Para peserta di ajar cara-cara muatnaik gambar produk ke dalam My Shop. 

Gambar Disini

Tarikh : 05&06 March 2019
Masa : 2.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 20 Orang

Tujuan

Bengkel latihan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan permahaman dalam pengunaan sistem HRMIS secara atas talian (online). Seramai 20 Orang guru tabika perpaduan yang hadir dengan bimbingan oleh Pegawai perpaduan .

Aktiviti

Para peserta mendengar taklimat HRMIS dan seterusnya mengemaskini data pelajar di www.eghrmis.gov.my

Gambar Disini

Tarikh : 01&02 Februari 2019
Masa : 9.00 pagi - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 6 Orang

Tujuan

Meningkatkan pengetahuan dalam menggunakan enjin carian dan meningkatkan kemahiran menggunakan Ms Office Word.

Aktiviti

Taklimat tentang bagaimana untuk menggunakan enjin carian disampaikan oleh petugas. Seterusnya peserta akan mencari maklumat yang diperlukan dan menaip maklumat tersebut menggunakan Ms Office Word.

Gambar Disini