Seperti kampung-kampung lain, Kampung Terbok juga mempunyai pelbagai kemudahan asas bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk-penduduknya. Kampung ini amat dekat jaraknya dengan bandar Tumpat dan juga kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Kelaburan dan Kampung Sedar.

 

  • Pengangkutan awam yang menghubungkan Daerah Tumpat adalah seperti bas dan teksi yang menghubung setiap pekan-pekan dalam Daerah seperti Bandar Tumpat, Wakaf Bharu, Chabang Empat, Pengkalan Kubur dan lain-lain.

  • Bandar Tumpat adalah Stesen Keretapi terakhir bagi pengangkutan awam yang melalui Pasir Mas dan Stesen Wakaf Bharu.

  • Feri dan bot hanya terdapat di Jeti Pengkalan Kubur yang menghubungkan Daerah Tumpat dengan Tak Bai, Thailand.

 

 Stesen Keretapi Tumpat

 

Image result for stesen bas skmk tumpat

Stesen Bas SKMK Tumpat

KEAGAMAAN

 

Memandangkan majoriti penduduk Kampung Terbok adalah kaum Siam dan semestinya sebuah wat telah dibina di kampung Terbok iaitu Wat Pikulthong bagi memudahkan penduduk menjalankan aktiviti keagamaan dan apa juga kegiatan seumpanya di sana. Pelbagai aktiviti dan perayaan kaum Siam di adakan di sini, diantaranya adalah perayaan Songkran dan Loy Krathong yang sememangnya mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

watpikulthong2

 

Bagi umat Islam pula, masjid terdekat yang ada di sekitar kampung ini adalah di Kampung Kelaburan dan Masjid Ismaili Tumpat iaitu yang di tengah-tengah Bandar Tumpat.

masjid ismaili tumpat

 

 

KOMPLEKS PERPADUAN TUMPAT

Pejabat Perpaduan Daerah Tumpat menyediakan kemudahan dewan dan juga dataran yang agak luas bagi membolehkan pelbagai aktiviti di adakan. Pelbagai pihak turut menggunakan kemudahan dewan dan dataran bagi mengadakan aktiviti contohnya sesi taklimat, penyampaian hadiah, majlis rasmi dan sebagainya. Dataran turut digunapakai bagi mengadakan sebarang program luar seperti sukaneka, hari terbuka, pameran, gerai jualan dan pelbagai permainan.