Kami mula beroperasi secara rasminya di Kg Terbok pada 10 Febuari 2010 dan dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Terbok. Kampung Terbok memang dikenali dengan tingginya populasi kaum Siam. Permulaan yang agak mencabar bilamana ramai di antara anak-anak sekitar Kampung Terbok tidak tahu menggunakan komputer walaupun mereka menunjukkan minat yang tinggi dengan mendaftar sebagai ahli. Menggalas tanggungjawab sebagai pendidik bagi mendidik mereka mengenali komputer dan menggunakan komputer serta internet dengan betul adalah sangat mencabar memandangkan mereka masih belum mahir. Tidak mengambil masa yang agak lama, anak-anak mudah dan bijak belajar melalui kelas-kelas asas yang telah dianjurkan bersama-sama. Mereka kini mahir menggunakan komputer dan internet dan tidak perlu lagi pengawasan dari petugas..

 

 

pi1m

 Program dan kelas sewaktu di Pusat Jalur Lebar Komuniti KgTerbok

 

Kelas dan program berjalan seiring usia penubuhan kami sehinggalah kami diberi nama baru iaitu Pusat Internet 1Malaysia Kg Terbok dan mula berpindah ke tapak baru dan berwajah baru tetapi masih lagi dalam kawasan Kampung Terbok. Dia antara aktiviti dan program besar yang telah kami jalankan iaitu; Intel Learn Program, latihan 1Malaysia, 1Citizen, Kempen Pengguna Bijak Dan Keusahawanan (KPBU), Bengkel E-Learning, Klik Dengan Bijak (KDB), Get Malaysian Business Online (GMBO) dan pelbagai kelas-kelas khas yang dijalankan setiap bulan. Adakalanya kami bekerjasama dengan badan kerajaan ataupun swasta seperti Pejabat Penerangan Daerah Tumpat, Kolej PTPL Kota Bharu, Komuniti 1Malaysia Kg Terbak, persatuan-persatuan tempatan dalam menjayakann program-program dan kelas. Program turut dilakukan di lokasi luar dari Pusat Internet 1Malaysia demi memberikan pengetahuan dan menyampaikan maklumat kepada warga komuniti tempatan.

 

IMG 0144

Program dan latihan di Pusat Internet 1Malaysia (Lokasi dan Bangunan Baru)

 

Semoga usaha kami menjayakan aktiviti dan program di Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Terbok ini dapat memberikan manfaat kepada semua.Kami amat berharap agar kemudahan yang disediakan oleh pihak SKMM dan TM ini dapat dinikmati oleh semua warga tempatan. 

 

 

 ~ASAL-USUL KG.TERBOK~

 

POKOK TERBOK

Sejarah Kg. Terbok:

Asal Usul Kg.Terbok Menurut cerita penduduk tempatan di sini, nama Kampung Terbok adalah dari sejenis pokok terbak iaitu pada masa dahulu terdapat banyak pokok terbak di kawasan ini. Penduduk terawal yang membuka kawasan ini telah mengambil keputusan untuk menamakan kampung ini bersempena dengan nama pokok terbak tersebut. Disebabkan loghat, penduduk kampung menyebut perkataan Terbak tetapi seolah-olah kedengaran seperti terbok, maka secara rasminya kampung ini kekal dengan nama Kg Terbok.