Keselamatan adalah perkara paling utama dan perlu dititik beratkan di sesebuah lokasi begitu juga di Kampung Terbok. Pihak penduduk kampung telah bersetuju menubuhkan sebuah Persatuan Rukun Tetangga Kampung Terbok bagi menjaga keselamatan dan keselesaan penduduk disamping pengawasan pihak berkuasa tempatan.Ahli Rukun Tetangga adalah dari wakil penduduk Kampung Terbok itu sendiri yang mana ianya adalah dibawah seliaan Pejabat Perpaduan Daerah Tumpat.

 

POLIS DAERAH TUMPAT

Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat pula jaraknya hanya dalam 2km dari Kampung TerbokDalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

Balai Polis Tumpat

 anda boleh terus hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257222 atau anda boleh pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di alamat Balai Polis Tumpat, 16200, Tumpat, Kelantan.

 

JABATAN PERTAHANAN AWAM

Selain dari itu, Jabatan Pertahanan Awam Daerah Tumpat juga ada berdekatan iaitu di Kampung Sedar yang mana jaraknya sekitar 1km dari Kampung Terbok sendiri. Jabatan Pertahanan Awam memainkan peranan tersendiri dalam membantu mengawal keselamatan sesebuah kawasan. Mengikut Portal Rasmi jabatan Pertahanan Awam Malaysia, peranan JPAM adalah untuk

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam 
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam 
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut 

jpam tumpat-150x105

 anda boleh terus hubungi Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Tumpat di talian 09-7254215 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Daerah Tumpat di alamat Jkr, No. 1532, Kampung Sedar, 16200, Tumpat, Kelantan

 

 

JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA(RELA)

 Pejabat Rela Daerah Tumpat terletak di Kg.Sedar .Jika ingin meminta bantuan dari RELA, anda boleh terus hubungi Pejabat Rela Daerah Tumpat di talian 09-725 5233 atau anda boleh pergi ke Pejabat Rela Daerah Tumpat di alamat Jkr, No. 1532, Kampung Sedar, 16200, Tumpat, Kelantan