Tarikh : 04 Mei 2019
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Dihadiri 10 Peserta dari pelajar lepasan SPM dan Ahli Baru pusat Internet.Tujuan bengkel resume ini ialah untuk membuat resume yang ringkas dan padat mengikut format resume sebenar.

Aktiviti

Pelajar disediakan modul dan diberi latihan basic Microsoft Office sebelum memulakan bengkel Resume.

Gambar Disini

Tarikh : 19 April 2019
Masa : 2.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Mempelajari cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint 2010

Aktiviti

Memberi taklimat tentang kegunaan, kelebihan dan cara-cara menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2010. Peserta juga didedahkan dengan pelbagai teknik untuk menjadikan sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office PowerPoint lebih kelihatan menarik dan kreatif. Peserta dapat menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint 2010 dengan baik dengan menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh : 02 April 2019
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 32 Orang

Tujuan

Pada permulaan kelas, petugas Pusat Internet Kg.Terbok  memperkenalkan serba sedikit peralatan komputer yang terdapat di Pusat Internet Kg.Terbok.. Pada mulanya mereka dihiburkan dengan lagu kanak-kanak yang dipasang dari YOUTUBE. Nampaknya mereka sudah tidak asing lagi dengan lagu-lagu ini kerana mereka juga sudah boleh menyanyi bersama-sama iaitu Didi & Friend dan Oman & Hana.

Aktiviti

Kemudian mereka diajar mewarna menggunakan aplikasi “coloring online.com”. Mereka juga mepunyai bakat semula jadi kerana dengan mudah mereka dapat mewarna dengan cantik mengikut kreativiti mereka sendiri. Pusat Internet Kg.Terbok sedia menabur bakti untuk mendidik dan mencurahkan ilmu yang sedikit kepada mereka .

Gambar Disini

Tarikh : 02 April 2019
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 32 Orang

Tujuan

  1. Mempromosikan Perkhidmatan yang telah disediakan oleh Pusat Internet Kg.Terbok kepada komuniti setempat. Terutama program yang berkaitan dengan ICT.
  2. Menjalinkan kerjasama dengan agensi luar seperti Klinik Kesihatan, Ar-Rahnu Yapeim, MSU Kolej dan PTPTN serta badan-badan NGO di sekitar Kg.Terbok..

Aktiviti

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg.Terbok bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti mewarna bersama pelajar-pelajar tadika dan senaman Aerobik.Kouminiti yang hadir juga turut serta menyertai beberapa pertandingan yang diadakan seperti Pertandigan Mengarang Artikel, Kuiz Kesihatan, Usahawan Shopee, dan Penghasilan video kreatif.Selain itu pengunjung boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma dan berkunjung ke boot agensi yang terlibat.

Gambar Disini

Tarikh : 18  March 2019
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Kg.Terbok
Peserta : 10 Orang

Tujuan

Petugas PI Kg.Terbok membantu pelajar lepasan SPM 2018 untuk membuat permohonan UPU Online di bilik Latihan Pi Kg.Terbok.

Aktiviti

Peserta dihadiri seramai 10 orang mula membuat permohonan UPU Online dengan dibimbingi oleh petugas Pusat Internet Kg.Terbok sehingga selesai .

Gambar Disini