perahu

Pertandingan Perlumbaan Perahu Negeri Kelantan 2018 Yang Disempurnakan Oleh YB Mejar(B) Dato' Hj.Md Anizam Bin Ab Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan).

Majlis Perundingan Belia Daerah Tumpat Sidang 1 Tahun 2016

Majlis Perundingan Belia Daerah Tumpat Sidang 1 Tahun 2016 yang berlangsung baru-baru ini telah mengenengahkan topic “Transformasi Anti Dadah Kebangsaan’’, yang dibentangkan oleh Hj. Hasyim Che Abdullah, wakil dari Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Tumpat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Azimin Ismail, wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Persidangan yang diadakan di Dewan Perpaduan, Terbak ini melibatkan seramai 61 perwakilan dari pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan dan persatuan belia di jajahan itu. Forum yang dapat memberi impak kepada kerjasama semua pihak dan peluang untuk mengutarakan isu-isu pembangunan belia itu juga membuka peluang untuk perwakilan untuk mewujudkan jaringan kerjasama yang mantap. Pelbagai isu serta cadangan telah dilontarkan oleh Ahli-ahli majlis yang menyentuh isu-isu Pembangunan Belia Daerah Tumpat khasnya untuk diangkat ke urus setia majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri Kelantan nanti.

 

Majlis Perundingan Belia Daerah Tumpat

 

Persatuan D'Seroja Dance Group

Kumpulan tarian ini ditubuhkan bagi menerapkan nilai-nilai tarian kaum Melayu dan Siam dikalangan belia yang berminat di daerah Tumpat. Antara tarian yang boleh dijayakan oleh mereka adalah tarian Kain Songket, Zapin Sireh Pinang, Zapin Salor, Joget Kelantan, Tarian Nego dan Irama Wau Bulan serta banyak lagi. Persatuan ini di kelolakan sepenuhnya oleh Encik Siri Neng Buah (HP No : 013-3608733) dan pernah membuat persembahan di Nong Khai, Thailand dalam International Cultural Festival pada 5-11 May 2016. Dengan wujudnya persatuan seperti ini membantu mengenengahkan bakat belia-belia yang ada di sekitar kawasan mukim Terbak khususnya.

Persatuan D'Seroja Dance Group     Persatuan D'Seroja Dance Group