Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  • Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  • Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  • sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  • Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  • Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  • Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

kakimulut

Tidak lengkap perkhidmatan kesihatan tanpa ada hospital atau klinik kesihatan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Terdapat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Desa (KD) yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing yang tertentu. Pentadbirannya terdapat di Pejabat Kesihatan Daerah yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah. Perkhidmatan kesihatan lebih mementingkan aspek pencegahan. Namun begitu, perkhidmatan rawatan turut disediakan di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa.

Kampung Terbok bertuah kerana kedudukannya yang sangat hampir dengan Hospital Daerah Tumpat dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat yang mana jaraknya adalah hanya sekitar 2km setiap satu. Ini amat memudahkan penduduknya mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan yang lain.

 

HOSP DAERAH TUMPAT2

Hospital Daerah Tumpat

 

 Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat yang mana jaraknya adalah hanya sekitar 1km dari Pusat Internet 1Malaysai Kg.Terbok

 

KLINIK KESIHATAN DAERAH TUMPAT

Klinik Kesihatan Tumpat di Kg.Terbak

 

Klinik Kesihatan Daerah Tumpat