Jawatankuasa Kemajuan dan   Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu institusi pentadbiran akar umbi yang diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu dalam   pentadbiran kampung. Justeru, JKKK memainkan peranan sebagai badan perancang   penentuan strategi dan pelaksanaan program atau projek pembangunan di dalam  kampung.

Selain itu, JKKK turut menjadi badan penggerak dan berupaya menggembleng tenaga, sumber pembangunan dan mengubah sikap masyarakat di peringkat kampung bagi tujuan mempertingkatkan lagi daya   pengeluaran.

Justeru, pelbagai aktiviti telah direncanakan bagi merealisasikan misi sebenar JKKK. Antara aktiviti yang sering diadakan ialah aktiviti kemasyarakatan, keagamaan   dan sebagainya. Aktiviti ini antara lain turut bertujuan melahirkan sebuah   masyarakat yang proaktif.

Selain itu, kawalan keselamatan seperti rondaan malam secara berkala turut dilakukan   yang melibatkan penyertaan semua penduduk. Hal ini kerana setiap anggota   masyarakat mempunyai peranan tertentu dalam komunitinya dan ia perlu   dilaksanakan agar keharmonian hidup bersama dapat dikekalkan dan dinikmati   oleh seluruh anggota masyarakat.

                                                                                   
   

       Ahli Parlimen 

   
   

YB Dato’ Mumtaz Binti Md Nawi

   
   

       ADUN Kawasan 

   
   

YB Mohamad Adanan Bin Hassan

   
   

       Pengawai Daerah 

   
   

Rusydee Bin Abdullah

   

       Penggawa 

   
   

En. Zakaria Bin Hassan