PADANG SRI MAKHOTA

 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Pantai Sri Makhota atau dikenali sebagai "Pantai ndow" terletak di Bandar Tumpat.Keindahan semulajadi ini memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung dan bersantai disini boleh melenyapkan segala masalah yang ada di fikiran.Hari pengunjung paling ramai ialah pada hari Jumaat.Pelbagai aktiviti yang dijalankan disini, pada paginya aktiviti riadah dan jogging, pada petangnya aktiviti pertandingan mengail dan gerai jual-jualan. Jarak dengan Pusat Internet 1Malaysia KG.TERBOK adalah lebih kurang 2KM sahaja. 

Bagaiamanapun, Tumpat merupakan jajahan yang paling unik sekali kerana mempunyai dataran dan beratus-ratus pulau sungai(River Island) yang tidak berbukit yang amat sesuai serta berpotensi untuk dijadikan kawasan Pelancongan Antarabangsa.Jajahan Tumpat ditadbirkan melalui Tujuh Daerah Penggawa dan dibahagikan kepada 30 Mukim.Di setiap Mukim ini pula tedapat beberapa buah kampung yang kesemuanya berjumlah 57 buah dan setiap kampung diketuai oleh seorang penghulu(Ketua Kampung) yang bertindak sebagai penghubung rakyat dan Pentadbiran Jajahan.