Tidak lengkap perkhidmatan kesihatan tanpa ada hospital atau klinik kesihatan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Terdapat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Desa (KD) yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing yang tertentu. Pentadbirannya terdapat di Pejabat Kesihatan Daerah yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah. Perkhidmatan kesihatan lebih mementingkan aspek pencegahan. Namun begitu, perkhidmatan rawatan turut disediakan di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa.

Kampung Terbok bertuah kerana kedudukannya yang sangat hampir dengan Hospital Daerah Tumpat dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat yang mana jaraknya adalah hanya sekitar 2km setiap satu. Ini amat memudahkan penduduknya mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan yang lain.

 

HOSP DAERAH TUMPAT2

Hospital Daerah Tumpat

 

 Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat yang mana jaraknya adalah hanya sekitar 1km dari Pusat Internet 1Malaysai Kg.Terbok

 

KLINIK KESIHATAN DAERAH TUMPAT

Klinik Kesihatan Tumpat di Kg.Terbak

 

Klinik Kesihatan Daerah Tumpat