Kira-kira 2,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum hadir memeriahkan Festival Citrawarna Siam di Wat Sukhorntharam, di Tumpat malam semalam.Acara tahunan masyarakat Siam yang masuk tahun keempat dianjurkan oleh Persatuan Wanita Siam negeri Kelantan.Dalam festival itu, pengunjung disajikan dengan pelbagai tarian kebudayaan siam.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, penganjuran kali ini agak meriah berbanding sebelumnya."Kehadiran cukup ramai dan acara ini adalah salah satu tarikan bagi pelancong untuk datang ke negeri ini."Kehadiran pelancong ini dapat menjana ekonomi masyarakat setempat," katanya ketika ditemui di Wat Sukhorntharam.

IMG 7023