Kaum wanita di kawasan ini juga menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan untuk menyara hidup, adadikalangan mereka menjalankan perniagaan pisang goreng , menjual ikan, barangan   kraftangan dan perniagaan yang berkaitan dengan wanita seperti salun,   mengambil tempahan jahitan baju, membuat kuih yang diletakkan di kedai-kedai   kopi untuk dijual. Sepertimana yang telah dimaklumkan, selain dari itu, kaum wanita Siam juga lebih menjurus kepada tanaman sayur-sayuran dan kebun buah-buahan.

Banyak   aktiviti-aktiviti yang melibatkan kaum wanita di sini, contohnya seperti menyertai   KEMAS. Melalui KEMAS mereka dapat belajar tentang menjahit baju kurung,   kebaya dan sebagainya. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk belajar   tentang cara-cara mendandan diri iaitu mereka diajar cara yang betul mencuci   muka dan memakai make up. Mereka juga belajar untuk membuat kraftangan   dan cara untuk mengubah gubahan sebagai hantaran perkahwinan. Disamping itu, mereka turut serta dalam aktiviti persatuan kaum mereka sendiri iaitu seperti Persatuan Tarian KgTerbak dan juga Persatuan D'Seroja Dance Group (Lihat rumusan dalam Persatuan Belia). Selain dari itu, kaum Siam di kawasan Kampung Terbak ini aktif menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan ataupun mana-mana badan bukan kerajaan sebagai tanda sokongan.

 

dataran perpaduan

Kumpulan Wanita Kaum Siam Dalam Program Bersama Komuniti 1Malaysia Mukim Terbak

 

 

Wanita dari Persatuan D'Seroja Dance Group