WANITA CERGAS. Seramai 45 wanita berkerjaya di sekitar Tumpat, Kelantan telah menyertai aktiviti senaman aerobik yang diadakan di Perkarangan Pusat Internet Kampung Terbok tersebut baru-baru ini.

Walaupun bekerja sebagai jururawat, guru dan berniaga ,kumpulan wanita itu tidak mengabaikan aspek kesihatan dan kecergasan dengan menyertai aktiviti aerobik yang diadakan sebanyak tiga kali seminggu.

Motif utama kelab seperti ini ditubuhkan bagi menarik minat lapisan masyarakat terutamanya wanita berkerjaya dan golongan muda supaya melibatkan diri dalam aktiviti senamrobik.

IMG 7708