Nama : Puan Maziani
Umur : 31 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang

Puan Maziani  adalah seorang Jururawat yang selalu menggunakan Internet laman web kerajaan HRMIS untuk membuat tuntutan perjalanan, lebih masa & permohonan cuti. Puan Maziani mengambil keputusan untuk mengambil kelas asas komputer di Pusat Internet  Kg.Terbok bagi meninggkatkan kemahiran IT beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas di PI1M, beliau tidak mahir menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dihadiri selama beberapa kali di Pusat Internet Kg. Terbok, beliau kini telah mampu menggunakan komputer dengan baik sekali dan ia sangat membantu untuk pengunaan internet dan membuat surat mengunakan Microsoft Word .

Nama : Nor Anis Mustapha
Umur : 48 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Syarikat Inangsari Resources yang diusahakan oleh Puan Anis .Produk perniagaan berbentuk makanan seperti pencicahm, kek, maruku, nasi kerabu dan laini-lain.Puan Anis mengusahakanya bersama suaminya En. Wan Rauf .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI.Perniagaan agak kurang sambutan dan pelanggan hanya dari kawasan sekitar sahaja, kerana kebanyakan pelanggan masih tidak tahu perkhidmatan yang dijalankan.Beliau ambil inisiatif  untuk belajar Kelas E-Usahawan marketing dan belajar mengiklankan perkhidmatan di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dihadiri selama beberapa kali di Pusat Internet Kg. Terbok, beliau kini beliau telah memasarkan dan  mengiklankan produk di media sosial seperti Shopee,Whatsapp status,Instagram dan facebook.Dengan secara langsung perniagaan semakin maju , mencecah pendapatan RM4000 sebulan yang sebulan ini hanya RM500-RM600 sahaja.ramai 

Nama : Zieta Hijabista Collection
Umur : 39 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang

Puan Rozita mula menceburkan diri dalam bidang menjahit baju, telah bertahun lama dan mengusahakan sendiri di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaannya, anggaran pendapatan perniagaan yang beliau perolehi adalah antara RM700 hingga RM800 sebulan Walaupun pada permulaan pendapatan beliau agak kecil, Namun beliau tidak berputus asa,pelbagai cara beliau lakukan untuk memajukan perkhidmatannya iaitu menjahit baju.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengambil inisiatif untuk menyertai kelas usahawan di Pusat Internet kg.Terbok.Setelah itu beliau memperkenalkan perniagaan secara atas talian di Pusat Internet Kg.Terbok. Beliau telah mengembangkan perniagaan melalui atas talian dan berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM1500 hingga RM2000 sebulan. Beliau juga mempraktikan idea-idea yang beliau perolehi sepanjang pembelajaran dan latihan di Pusat Internet Kg.Terbok.

Nama : Thanissara Suwanchakri
Umur : 31 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang

TNS Collection yang diusahakan oleh Cik Thanissara.TNS Collection mengusahakan perniagaan pakaian & alatan baby baru lahir.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI.Perniagaan agak kurang sambutan dan pelanggan hanya dari kawasan sekitar sahaja, kerana kebanyakan pelanggan masih tidak tahu perkhidmatan yang dijalankan.Beliau ambil inisiatif  untuk belajar Kelas Usahawan marketing dan belajar mengiklankan perkhidmatan di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dihadiri selama beberapa kali di Pusat Internet Kg. Terbok, beliau kini beliau telah memasarkan dan  mengiklankan produk di media sosial seperti Shopee,Whatsapp status,Instagram dan facebook.Dengan secara langsung perniagaan semakin maju , mencecah pendapatan RM3000 sebulan yang sebulan ini hanya RM500-RM700 sahaja.ramai 

Nama : Tadika Suluh Cahaya Hatiku
Umur : 37 tahun
Ahli : 2010

Latar belakang

Taska Suluh Cahaya Hatiku berkerjasama dengan Pusat Internet Kg.terbok bagi melatih kanak-kanak dalam kemahiran IT.Disamping itu, Puan Noormala juga mengikuti kelas kemahiran ICT dengan dibimbingi oleh Petugas Pusat Internet Kg.Terbok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI.Kurang sambutan dari ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke Tadika Suluh Cahaya hatiku, kerana kebanyakan ibubapa masih tidak tahu perkhidmatan yang dijalankan.Beliau ambil inisiatif  untuk belajar untuk membuat flyer marketing dan belajar mengiklankan perkhidmatan di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dihadiri selama beberapa kali di Pusat Internet Kg. Terbok, beliau kini beliau telah memasarkan dan  mengiklankan produk di media sosial seperti Insatgram dan facebook.Dengan secara langsung ramai ibubapa yang tahu menghantar anak-anak mereka ke Tadika Suluh Cahaya Hatiku dan juga menambah pendapatan.