Nama :Puan Norzita Aziz
Umur : 39 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang

Puan Norzita Aziz mula menceburkan diri dalam bidang menjahit baju, telah bertahun lama dan mengusahakan sendiri di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaannya, anggaran pendapatan perniagaan yang beliau perolehi adalah antara RM700 hingga RM800 sebulan Walaupun pada permulaan pendapatan beliau agak kecil, Namun beliau tidak berputus asa,pelbagai cara beliau lakukan untuk memajukan perkhidmatannya iaitu menjahit baju.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengambil inisiatif untuk menyertai kelas usahawan di Pusat Internet kg.Terbok.Setelah itu beliau memperkenalkan perniagaan secara atas talian di Pusat Internet Kg.Terbok. Beliau telah mengembangkan perniagaan melalui atas talian dan berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM1500 hingga RM2000 sebulan. Beliau juga mempraktikan idea-idea yang beliau perolehi sepanjang pembelajaran dan latihan di Pusat Internet Kg.Terbok.