Nama : Syahirah Bt Saripudin
Umur : 25 tahun
Ahli : 07 Februaru 2018

Latar belakang

Cik Syahirah berasal dari Kg.Wakaf King, Tumpat. Beliau merupakan seorang usahawan yang telah membuka kedai roti dan cakes di  wakaf king yang diberi nama IEZA Cakes & Cookies Kelantan.Kedai beliau beroperasi seawal jam 6.00 pagi sehingga jam 10.00malam.Pendapatan hanya RM50-100 sehari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permintaan untuk produk (roti & cakes) yang dijual sebelum ini hanya melalui walk in dari pelanggan sahaja. Jualan roti & cakes atau tempahan makanan hanya  melalui panggilan sahaja dan tidak begitu meluas pemasaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Kg.Terbok, beliau dapat menambah lagi ilmu pemasaran produk ke dalam media sosial. Mempromosikan produk ke dalam FB & Whatsapp Group dan mula mendapat tempahan awal dari pelanggan kampung sekitar tumpat. Perkhidmatan “COD” juga disediakan mengikut masa, kuantiti dan lokasi pelanggan. Pendapatan sehari boleh mencecah sehingga RM200-RM300

 

ieza cakes